"Ya kali ni aku akan berubah." Kata Aiman, setiap kali adanya cuti yang panjang.
"Aku akan mula menulis. Aku nak asah bakat aku. Aku nak ubah imej penulisan negara ni. Perlu ada orang yang mulakan semua perubahan ni. Ah biarlah tak terkenal pun asalkan aku menjadi batu loncatan untuk penulis penulis lain." Dan Aiman terus dalam angan-angannya.
Malu bukan? Kalau nak dikirakan ini dah kali keempat cubaan kau menulis. Dan sekali lagi, kau teruskan dengan sikap bertangguh kau.
Apa yang kau takutkan sebenarnya? Takut orang taknak baca? Takut orang kutuk kau? Takut apa? Atau kau takut dengan diri sendiri?
Aiman sudahlah.
Angan-angan takkan jadi realiti kalau kau terus begini. Ah, aku dah tahu kenapa. Kau takut orang tak kisah pun dengan penulisan kau.
Sama macam apa yang kau hadapi dulu. Kau rasa kau dah cuba yang terbaik untuk ubah komuniti kau tapi akhirnya? Kau kecewa. Kau rasa kau gagal tanggung amanah yang diberi dekat kau. Kau orang tak kisah pun dengan semua tazkirah yang kau bagi. Heh.
"Terima kasih Aiman, sebab kau, aku berubah."
Kau dah lupa apa yang hamba Allah ini cakap? Man, Allah tak pernah sia-siakan usaha hamba-Nya. Satu kesalahan paling besar kau buat adalah kau ingat kau yang boleh buat orang berubah. Kau yang dapat kembalikan orang ke jalan yang benar. Kau yang bagi hidayah.
Salah kau sendiri bukan?
Niat Man, niat. Bila niat kau salah Allah tak tolong kau. Tapi kau patut bersyukur, bila kau sedar semua ini, maksudnya Allah tak sia-siakan kau lagi. Allah bagi kau peluang kedua.
Setiap hari adalah peluang kedua. Everyday is a second chance. Don't waste it man.
Even though your heart was dark as the starless night, the light of Allah is still trying to save you.
Wake up myself.
Bangun Aiman.
Tiba masa untuk berubah.
Jangan nanti di akhirat kelak, saudara kau di Palestine mempersoalkan,
"Apa yang kau dah buat dengan masa lapang kau?"
And hell will be waiting for you.
0 comments:
Post a Comment